Lihat servis rawatan umum yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam. Rawatan sesuai untuk semua lapisan umur.
Di U.N.I Klinik Setia Alam, kami menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer (Primary Care) Rawatan Umum yang menyeluruh untuk seisi keluarga, dari bayi hingga warga emas. Setiap konsultasi dijalankan oleh doktor bertauliah bagi memastikan diagnosis dan rawatan yang selamat.
Rawatan simptomatik dan pemeriksaan klinikal bagi jangkitan umum seperti Viral Fever, Influenza, serta Upper Respiratory Tract Infection (URTI). Kami memantau tanda-tanda vital untuk memastikan tahap kesihatan pesakit terkawal.
Pengurusan kes Acute Gastroenteritis (keracunan makanan), cirit-birit dan muntah. Rawatan termasuk rehidrasi oral atau pemberian Intravenous (IV) Drip bagi memulihkan keseimbangan cecair badan jika diperlukan secara klinikal.
Pemeriksaan dan rawatan bagi masalah kulit akut seperti Eczema Flare-up, Fungal Infection, serta reaksi alahan (Allergic Reaction) ringan pada kulit.
Konsultasi bagi masalah Gastritis, GERD (Refluks Asid) dan ketidakhadaman (Dyspepsia). Ubat-ubatan preskripsi diberikan untuk melegakan simptom dan mengawal rembesan asid perut.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut untuk jenis rawatan yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alama.
Lihat rakan panel yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam. Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panel yang disediakan.
Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan dan servis kesihatan yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam.
38-G, Jln Setia Gemilang BM U13/BM, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
011-1605 8802
Isikan maklumat anda di bawah untuk terus membuat temujanji anda dengan U.N.I Klinik Setia Alam.