Lihat servis Home Visit (Pemeriksaan di Rumah) yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam.
Kami membawa perkhidmatan kesihatan profesional terus ke pintu rumah anda. Servis ini direka khusus untuk pesakit yang mempunyai kekangan pergerakan (Immobile), warga emas terlantar (Bedridden), atau mereka yang memerlukan privasi rawatan di kediaman sendiri.
Pemeriksaan fizikal dan rawatan bagi penyakit umum seperti demam, batuk, atau jangkitan ringan (Common Infections). Doktor kami akan melakukan penilaian klinikal (Clinical Assessment) dan membekalkan ubat-ubatan yang bersesuaian.
Prosedur penukaran tiub pemakanan (Nasogastric / Ryle’s Tube) dan tiub kencing (Urinary Catheter) bagi pesakit kronik. Dikendalikan dengan teknik Aseptic untuk memastikan kebersihan dan mengelakkan jangkitan saluran.
Rawatan pencucian luka kronik seperti Bed Sores (luka baring) atau Diabetic Ulcers di rumah. Kami fokus kepada pengurusan luka (Wound Management) yang betul untuk menggalakkan penyembuhan tisu.
Pemeriksaan berkala bagi pesakit Hypertension (Darah Tinggi) dan Diabetes Mellitus. Ini termasuk pemantauan tekanan darah (BP Monitoring) dan ujian paras gula (Glucometer Test) tanpa perlu pesakit hadir ke klinik.
Perkhidmatan mengambil sampel darah (Phlebotomy) di rumah untuk dihantar ke makmal. Keputusan ujian akan disemak dan diterangkan oleh doktor melalui konsultasi susulan.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut untuk jenis rawatan yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alama.
Lihat rakan panel yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam. Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panel yang disediakan.
Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan dan servis kesihatan yang disediakan di U.N.I Klinik Setia Alam.
38-G, Jln Setia Gemilang BM U13/BM, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
011-1605 8802
Isikan maklumat anda di bawah untuk terus membuat temujanji anda dengan U.N.I Klinik Setia Alam.